I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 14, 2011

bas sihat

bismillah
tgok tjuknya..bas sihat ni merupakan bas henti-henti yang biasa ak dan rakan2 lain gunakan sewaktu bersekolah dulu..klau dlu nk pergi kelas tmbahan atau klas ko-k bas ni merupakn penggkutn utama kami..tp tu dulu cerita 3-4thun lepas dan nmpk sgt ak da semkin lma tggalkan alam sekolah..haha..klo dulu bas ni biasa ada 1/2 jam sekli sekrg ni sejam skli pon susah..
nak djadikan cerita pg tadi ak teman mak ak pg bayar bil elektrik.dsebabkan ak xde lesen dan kakak ak bkerja,so kami naik bas ni..kami klua dr rumah pkul 9am,gedek2 ke bus stop smpila dlm kol 9.05am cmtu..ak bkn ngan mak ak aje,tp dgn ank sdara ak yg tmbam,BALQIS..
tunggu2 punya tunggu,smpai kan si dak kecik ni merapu mcm2,pkol 11 br dtg basnya..bayangkanlah..the most interesting part is the bus is full with foreigners,well i mean Pendatang Asing..haha..smpi ke bndar kuantan dlm kol 1120 cmtula..
tp w/bagaimanpun bersyukur ada bas ni,bayangkan org yg xde transport,bas ni je medium pngangkutan diorg..so bg kita yg mampu sedikit ni bersyukurlah sbb ALLAH swt bg rezeki lebih buat kita dan kita bleh pakai motor plg cikai pon..kan3..
alhamdulillah..

nilah rupanya bas tu...comel ke??haha

Wednesday, July 13, 2011

my wishlist

bismillah..
rasa2nya 2011 da nk smpai penghujung tp xpekan klo ak ade wishlist.klo xdpt tunaikan thun ni,insyaALLAH thun2 dpn bleh tertunai..hihihi..
my wishlist are:
~handset baru (da tertunai) dpt e5..tu pun gne duit sndri ye..haha
Nokia E5

~dslr (sony nex3)
dslr ni xla mhl sgt..dalm lgkungn 1500 je..as a newbie,ak rasa baik gne yg biasa2 je dlu..

Sony NEX-3 and NEX-5 Compact DSLR Camera with interchangeable lenses

~buat lesen
ak ni sebenarnya xde lesen pun lg..haha..loser kan, even lesen motor pon xde..so insyaALLAH dlm thun dpn ak nk buat lesen kreta n motor trus..upgrade skit..haha
kereta vios trd sportivo ni mmg sporty..insyaALLAH nnt blehla bli..hihihi..


rasanya tu je wislist ak.satu da tertunai,so tggl stu je lg..

Hati Ini


Hati ini,
sering kali berkeluh kesah,
memikirkan kekasih tak sudah-sudah,
mendamba kasih insan yang lemah,
kasih yang diucap hanya bermadah,
tak kisah,tak resah
Hati ini,
sering kali hanyut dalam arus cinta,
cinta yang hanya melalaikan,
kadang-kadang semua kerja jadi tertangguh,
angkara kekasih yang satu
Namun angkara kekasih jua,
hati ini tercalar,
hati ini terluka dan merana,
namun ingatlah hati,
saat kita bersedih,
ada ALLAH yang mampu menghilangkan kesedihan itu,
saat kita gembira,hanya ALLAH tempat kita bersyukur,
ALLAH ada saat kita memerlukannya,
cinta ALLAH zahirnya tidak dapat dilihat,
namun bukti cinta-NYA kita wujud di dunia fana ini,
menghirup segala pahit dan manis kehidupan,
untuk menjejak akhirat yang bakal datang,
Ingatlah hati,
dunia ini pasti kita tinggalkan,
justeru carilah dahulu cinta Illahi,
sebelum mengecap cinta duniawi,
kerana ukhrawi pasti kita jejaki.



Friday, July 8, 2011

karya

salam..
dua post dalam stu ari..hihihi..sje je sbb da lma xupdate blog..tibe2 pagi ni semngat nak update blog tu berkobar2 je...
tu ajelah nk ckp...
haha

Janji dengan ALLAH


Laungan azan asar berkumandang di radio, menyeru segenap umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta. Namun begitu, Aisyah masih tekun dengan kerja-kerjanya. Sebagai akauntan, hujung-hujung bulan merupakan waktu paling sibuk buat dirinya, sibuk menyediakan paycheck bagi kakitangan syarikat. Azan yang telah lama berkumandang tadi dibiarkan sepi. Terdetik juga hatinya untuk melaksanakan perintah yang satu itu, namun mengenangkan wajah staff-staff lain yang sibuk menanyakan gaji mereka, dia tetap tekun melaksanakan tugasnya. Kalau gaji mereka lambat masuk dia juga yang akan dipersalahkan. “Hmm, kejap lagilah aku solat. Kalau solat kat rumah pun masih sempat ni”. Desis hatinya.
Waktu kerjanya akan berakhir sebentar lagi dan dengan jarak rumahnya yang tidak berapa jauh dari pejabat, dia yakin akan sempat solat di rumah. Memang menjadi kebiasaan buat dirinya, solat pada hujung waktu. “Takpelah, aku tetap solat walaupun lewat”. Desis hatinya lagi. Jarum jam sudah menganjak ke angka lima saat Aisyah sibuk mengemaskan mejanya. Urusan kerjanya sudah selesai buat hari ini. Rakan-rakan sepejabat lain juga mula meninggalkan ruang pejabat. Aisyah mengatur langkah ke parking kereta. Enjin kereta dihidupkan dan sejurus selepas itu, kereta Honda CRV itu meluncur megah di jalan raya. Jalan yang agak lengang membolehkannya memecut keretanya dengan lebih laju.
Tiba di satu selekoh, sebuah lori yang sarat dengan beras tiba-tiba muncul di hadapan keretanya. Aisyah tidak sempat menekan brek dan keretanya mulai hilang kawalan. Kereta yang dipandunya itu berpusing-pusing sebelum menghala ke laluan bertentangan. Sebuah kereta dari arah tersebut terus menghentam keretanya.
Jalan raya mulai sesak dengan pengguna jalan raya yang sibuk menyaksikan kemalangan tersebut. Pasukan bomba berusaha untuk mengeluarkan mayat Aisyah. Keadaan keretanya yang remuk menyukarkan lagi proses ini. Mayat wanita malang ini berjaya dikeluarkan saat azan Maghrib berkumandang. Dalam masa yang sama di dimensi yang berbeza, seorang wanita hanya mampu memandang sayu sekujur badan yang sudah tidak bernyawa itu. Itulah dirinya. Dia hanya mampu menangis teresak-esak mengenangkan janjinya dengan Khaliq.
“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...