I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

~jgn biarkan diri pnuh dgn dendam~


~jgn buat sy mcm ni~


"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

- Artikel iluvislam.com

~rindu~

Zamanmu Muhammad sudah berlalu,
Namamu masih melekat di hatiku,
Tak pernah bersua malah berjumpa,
Hanya doa dan selawat selalu padamu,
Kuharapkan syafaatmu di Mahsyar sana.

Sinar cahayamu tetap kami ingati,
Sepanjang zaman namamu tetap kami hargai,
Kami sayangi mukjizatmu Al Quran yang suci,
Menjadi bukti setia diri kami,
Agama dipelihara, Islam agama kami,
Muhammad ku doakan kau selalu mendoakan kami.

Rasulullah SAW , begitu agung namamu,
Rindu bertemu dengan mu,
Rindu pada suri tauladan yang kau berikan,
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu,
Rindu pada kedamaian yang kau ciptakan,
Rasulullah SAW , rindu kami pada pemerintahanmu,
Rasulullah, rindu kami juga pada keadilanmu,
Kami sanjungi pada keimananmu dan ibadahmu.

Umatmu kini Muhammad sering alpa,
Anugerah Allah tidak diharga,
Hubungan denganNya tidak dijaga,
Juga hubungannya denganmu mereka alpa,
Ku berdoa pada Yang Esa,
Moga ada jalan pulang untuk mereka,
Bersama menghayati agamu dan agama kita semua.

Muhammad SAW, aku rindu padamu,
Kasihku untukmu, selawat kukirim untukmu Muhammad,
Sebagai bukti sayangnya daku padamu,
Moga Allah kurnia dan merahmati hubungan ini,
Kau kuhargai, kusayangi lagi kuhormati.

Muhammad, moga suatu saat nanti,
Dapat kubertemu denganmu,
Dengan redha Allah padaku,
Moga dapat kita bersama di sana,
Syurga tempatmu juga moga untukku,
Muhammadku rindu padamu.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, February 19, 2011

kehangatan PRK

As-salam...
lame sudah xhapdet belog nih...da bersawang kot...hahaha..well,sbnrnya xde perkmbgn bru pd diri ini...da msuk sem 4 sekrg..dan cuti sem nnt bersama rkn2 seperjuangan akan melakukan ROS atau Rancangan Orientasi Sekolah..
tujuan update ni pon nk cite sal kehangatan pilihanraya kampus (PRK)yang sedang hangt kat UPSI ni..dengan perbalahn yg berlaku antara Mahasiswa Pendidik dan juga Pimpinan Bitara..juga Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)..status kat fb2 juga mmg hot..hahaha..tp bg aku,xsalah kite nak bertnding dan mmperjuangkan hak mahasiswa..bgus lagi ade..tp biarlah kena pd tempatnya..jgnlah smpai mnjatuhkan maruah org lain dan mmbuat fitnah.ingatlah yg sume ni hanya sementara..kita nnt akan kembali ke tanah jua..klo nk main politik kotor,ak rasa xsesuai kot sbbnya kami mahasiswa2 ni bukanlah bodoh dan xpndai nak menilai yg mana elok yg mana buruk..
PRK kali ini,ak rasa xmeriah sgt sbbnya dicemari dgn politik kotor dgn plbagai tuduhan terhdp lawan msg2, perang poster pun xbrp nk mriah..mmg berbeza la dgn PRK waktu ak sem 2 dlu, yakni sesi 2010/2011..
last but not least,bg suma calon yg bertanding,ak ucapkan gud luck la..moga2 korg terpilih..tp nnt klo da terpilih jgnlah abaikan hak2 kami sume..tkut nnt hngat2 tahi ayam je..xnaklah cmtu ok..

PraSangka: ak xtaw nk udi spa nnt..confuse2..MP @ LMP @ PB...hahaha



nak undi budak yg comel ni boleh???hahaha

Monday, August 23, 2010

blog ni cambest jep...wakaka...

ari ni seharian wat aseimen...rasa bosan yg amat...ak pon try search la disblog...actually kwn ak yg suggestkan...zackzukhairi pnye blog..msuk je blog die n baca sume entry die...fuhhh...gelak xhengat..hahaha..
mmg klako la blog die..siyes..korg ptt baca sndrik..walupon klako2 still ade faedah la..die xselit lawak jep tp yg pnting entry yg bgs2 pon ade..
ak mmg respek la die...bru gak pon wat blog tp da ley femes...ajar sy bley???hahaha
ok lah..cukup ak merepek...nk tdo plak...st g nk bgn shur...
ok...selamt bersahur....

Saturday, August 14, 2010

titles...

BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN DI BULAN BARAKAH INI




SALAM ALAIK....
well,da lama ak xjenguk blog ni..
da bersawang kot...ekekeke
well,assignmnt yg byk ditambah pula dgn kepenatan
menyebabkan masa terbatas utk m'update blog ni
tp xpe la at least last2 minit ade gak masa update blog nih
ok lah di kesempatan ini
ak nk ucpkan selamat berpuasa pd semua umat islam
moga RAMADHAN thun ini bukanlah Ramadhan terkhir bg kita
insyaALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...